Tuesday, May 15, 2012

Harapan~

Harapan...
Aku mengharap kau setia
Bersama aku menyelam waktu
Bermain masa tak berduka lara
Bukan sekadar setia
Tapi jujur juga
Jujur pada aku, dia dan semua
Harapan ku terlalu mendalam
Aku juga kecewa melara
Berharap lagi agar ada perubahan
Berubah jadi baik, tak salah kan?
Tapi banyak kekangan
Masa, jarak, hati, perasaan, semuanya
Masalah tak timbul
Tapi kau yang mulakan
Aku turut serta
Jadi pelakon terhebat
Penipu terbesar
Depan baik
Belakang bunuh
Bukan bunuh setiaku
Tapi kau tikam jiwaku
Hancur terlerai
Tapi aku kait semula
Agar sayang aku kukuh kembali
Aku yakinkan diriku sendiri
Kau tak bantu
Kau salahkan aku
Semuanya kau letak di bahuku
Aku tak larat
Penatlah macam ni
Semuanya kau campak dimuka aku
Akhirnya aku juga yang merana
Kau gembira, bahagia
Kau yang untung, aku yang rugi
Aku nak berhenti
Tapi kau halang
Kau tabur janji lagi
Janji kau macam gula
Terlalu banyak buat penyakit
Aku juga yang sakit
Aku juga yang dapat buruk
Semuanya aku

1 comment:

  1. tinggal kan saja..

    sampai bila kau mahu hidup sama dia?

    yang bunuh jiwa kau??

    kau tahu JANJI TUHAN ITU PASTI ADA

    mungkin dia hanya UJIAN buat kau

    agar kau lebih rapat dengan PENCIPTA SEMESTA

    kau kena kuat

    buktikan dia tidak pernah jadi BARAH dalam hidup kau yang ada

    ~pekongsi rahim 2~

    ReplyDelete